Thursday, June 14, 2012

Muhasabah.

Assalammualaikum.



Kenapa saya tak mahu pilih jalan berkasih sebelum nikah - satu kekhilafan zaman 'jahiliyah' saya dahulu - sebagai pegangan yang perlu diamalkan sehingga sekarang?

Kerana amalan yang ada ini pun entah sudah mencukupi ke tidak, inikan pula nak buat lagi kemungkaran. Andai nyawa ditarik bila - bila, cukup gah ke hendak berhitung di depan Allah Ta'ala dengan amalan yang sebegini sedikit. Mampu kah hendak merentas titian siratulmustaqim tanpa terjatuh, dengan melakukan kemungkaran. Hidup dan mati di tangan Allah, andai kita kembali tanpa sempat hendak bertaubat - macam mana?

Iya, muhasabah untuk diri sendiri. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Ini bukan hendak membuka pekung di dada, jauh sekali menyindir mana - mana pihak.

"Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka."

Dimana - mana selalu nampak ayat ni. Betulkah begitu? Apa maksudnya? Kenapa pula?
Kenapa pula orang lain yang buat dosa, orang lain pulak yang kena tanggung?
Itu sebabnya kita perlu kritikal membaca.

Di akhirat, 1 lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :-
1) Ibunya
2) Isterinya
3) Anak Perempuannya
4) Saudara Perempuannya

Manakala 1 wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki :-
1) Suaminya
2) Ayahnya
3) Anak lelakinya
4) Saudara lelakinya

Perlu faham.

Dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak perempuan ditanggung sendiri. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tak dapat mendidik anak & isteri ke jalan yang benar.

Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment