Skema itukan benda baik ... jadi kenapa nak takut?
Kenapa ya kita takut sangat orang gelarkan diri kita "skema"@"alim"? Sedangkan bukankah skema dan alim itu satu perkara yang baik?
Ada yang sampai takut nak solat dhuha, puasa sunat, tolong guru dan sebagainya sebab takut orang cakap dia ni baik sangat / nak tunjuk baik / nak tunjuk alim konon.
Apa dah jadi dengan dunia hidayah? mereka kenal tarbiah tapi buat - buat tak kenal .. sampai bila fenomena ini akan terus berlaku? sudahlah tak mahu solat dhuha, lepas tu buat bising dalam musolla menganggu orang yang tengah bersolat.
Sedarlah wahai saudara & saudariku sekalian bahawa dunia ini tidak akan kekal? Sudah banyak kah amal soleh kita , mencukupi untuk bertemu dengan Allah? Andai nyawa kita ditarik, adakah kita sudah cukup bersedia untuk bertemu denganNya?
Maka, utamakanlah Allah daripada pandangan manusia. jadi;
- Bila nampak musolla, ramai - ramailah kita mengimarahkannya dengan solat dhuha. Bukan berbual kosong.
- Bila nampak sampah, kutiplah.
- Bila nampak guru angkat barang, tolonglah.
- Bila nampak orang lain melakukan kesalahan, tegurlah dengan bijaksana.
- Kalau rasa diri ini ada melakukan kesilapan namun tidak ternampak oleh diri sendiri, maka mintalah orang lain untuk menegur dengan bijaksana.
- Bila ada orang melakukan kesilapan, maafkan.
- Bila guru beri homework, siapkanlah.
post script :- Mid year's coming up, 2 minggu dah tak online, ada surat perlu dihantar (Tyah, Miryam & Zethy), email perlu dihantar (Zethy), entri birthday yang perlu di-edit, design t-shirt kelab, whatsapp dengan Atiqah, mukhayyam puteri & mukhayyam pengawas selepas cuti dan kertas kerja, laporan yang perlu dihantar. InsyaAllah Tyah, takkan terputus hubungan walau dah tak ada medium laman sosial lagi :) Oh, Mid year sampai 25 Mei. Sampai jumpa lagi :)
Assalammualaikum.

No comments:
Post a Comment